Chong Yew Chuan

KUALA LUMPUR – MCA mengecam mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Lua Choon Hann dengan parti itu.

Laman Facebook Friends of DAP yang menuduh Choon Hann sengaja menukar bendera Malaysia bintang berbucu lima mengaitkannya dengan MCA dan mendakwa Presiden MABA itu meriupakan orang kuat Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dengan memaparkan beberapa keping gambar mereka

Jurucakap MCA, Chong Yew Chuan yang menyofatkan hantaran tersebut sebagai fitnah berkata: “Come on lah, fitnah nak kenakan MCA biar ada standard sikit

“Kalau begitu, saya turut lampirkan beberapa keping gambar si Lua ini dengan Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Menteri Luar Negeri dan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan,” ujarnya.

Beliau mempersoalkan, dengan menyiarkan gambar Choon Hann adakah beliau boleh mendakwa Presiden MABA itu orang kuat Saifuddin.

Yew Chuan berkata, MCA mengecam tindakan menukar Jalur Gemilang itu, samada ia dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, kerana ia adalah satu salah laku yang tidak boleh diterima. – MalaysiaGazette