Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Terdapat pihak sengaja mengangkat pemimpin komunis sebagai pejuang kemerdekaan, mengubah sejarah, membawa balik abu Chin Peng dan menghina Jalur Gemilang.

Malah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man percaya anasir yang bertanggungjawab mencetuskan perkara tersebut akan terus melaksanakan pelbagai tindakan lagi bagi memastikan agenda komunisme menjadi dominan di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa pihak keselamatan nsegera mematahkan cubaan untuk menyebar semula agenda komunis di negara ini.

“Komunis melakukan pemberontakan bersenjata di Malaysia sehingga mengorbankan ribuan nyawa termasuk perajurit negara. Luka lama akan berdarah kembali.

“Komunis bukan hanya mahu menyebarkan ideologi sahaja, tetapi mahu merampas kedaulatan dan kepimpinan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, ditabur di Lumut

Tuan Ibrahim memberi peringatan, agar jangan sekali-kali mengganggu-gugat keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini dengan ancaman komunisme.

Bahkan, katanya, tidak keterlaluan jika dikatakan agenda itu didalangi oleh satu rangkaian antarabangsa yang lebih besar.

BACA: KDN tidak tahu abu mayat Chin Peng dibawa masuk, akan siasat

Pas berharap rakyat Malaysia bersatu padu dan berhati-hati dengan ancaman komunisme dan mereka diminta untuk tidak mengambil tindakan balas di luar batas undang-undang.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mematahkan agenda bahaya komunisme di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Mengapa selepas dua bulan abu mayat ditabur baru dedahkan kepada rakyat?

3 Komen

  1. Agenda DAP mirip perjuangan PKM dan tidak mustahil perjuangan DAP merupakan kesinambungan PKM. Kerajaan perlu tangani isu ini yg mungkin boleh membangkitkan api kemarahan sebaik diketahui abu chin peng sudah dibawa masuk sejak 2-3 bulan lalu. MENJADI SOALANAN…APA AGENDA DAP…? Kerajaan BARU tolong prihatin perkara ini.

    • Bukan mirip lagi memang anak cucu mereka yang ada dalam parti DAP itu. Sebab itu dia hendak bergabung dengan PKR . PKR parti membalas dendam jawatan PM. DAP perkuda Mahadir . Mahathir pulak perkuda PKR. Jawatan PM belum tentu lagi dapat kat PKR. Komunis hidup semula.

  2. Terang dan nyata agenda DAP adalah kominis. Apa komen penyokong PH.
    Sebab tu kenapa kenapa Parti Rakyat satu masa dahulu terbubar.

Comments are closed.