Shinzo Abe.

SEOUL – Korea Utara menyelar Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe kerana menyangka ujian sistem pelancar pelbagai roket super large yang dilakukan Pyongyang adalah pelancaran peluru berpandu balistik,

Menurut kenyataan agensi berita, Korean Central News Agency (KCNA), Ketua Pengarah Hal Ehwal Jepun di Kementerian Luar Korea Utara berkata, Abe ‘mungkin melihat peluru berpandu balistik terbang di hadapannya dalam masa terdekat.

Pada Jumaat lalu, Korea Utara mendakwa negara itu berjaya menjalankan ujian pelancar pelbagai roket super large dengan sistem tembakan berturut turut yang dilakukan di bawah pimpinan Kim Jong-un menerusi pelancaran dua peluru berpandu sehari sebelum itu.

Bagaimanapun, Abe menyatakan bahawa ia merupakan pelancaran peluru berpandu balistik dan menyifatkannya sebagai cabaran besar kepada Jepun dan komuniti antarabangsa.

Korea Utara tidak bersetuju tentang kategori persenjataan itu, lapor agensi berita, Yonhap.

“Boleh dikatakan Abe adalah hanya orang yang bodoh dalam dunia dan manusia paling bodoh diketahui dalam sejarah,” menurut kenyataan KNCA dalam bahawa Inggeris yang menyatakan ‘Apabila beliau membezakan sebuah peluru berpandu daripada sistem pelancar pelbagai roket ketika melihat foto yang disertakan laporan yang mana orang awam yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ‘hal ehwal ketenteraan’ boleh mengetahui dengan sekali pandang.

Kenyataan tersebut turut menyatakan Abe melakukan kesilapan jika beliau berpendapat Amerika Syarikat mengalu-alukan ungkapan ‘Ancaman dari Korea Utara’ ketika rundingan antara Pyongyang dan Washington menemui jalan buntu. – Agensi

Korea Utara uji pelancar pelbagai roket super large