Tan Sri Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa membayangkan misi sukar menanti Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kimanis, Sabah kali ini.

Itu reaksi Setiausaha Agung UMNO selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan terdahulu Mahkamah Pilihan Raya Sabah pada 16 Ogos lalu yang menolak kemenangan Datuk Seri Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana didapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Rayuan yang dikemukakan Anifah sebagai mencabar keputusan Mahkamah Pilihan Raya Sabah bagaimanapun ditolak.

“PRK Kimanis di Sabah…misi yang sukar buat BN. Kerusi milik bebas sekarang,” kata Annuar dalam ciapan twitternya hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, apapun pihaknya akan merancang untuk mempertahankan kerusi tersebut.

“Apa pun Insya Allah kita bersama rakyat Sabah akan rancang sebaik mungkin (pertahankan Kimanis),” tegasnya.

Dalam keputusan hari ini Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan mahkamah Sabah yang mengisytiharkan kemenangan Anifah sebagai tidak sah dan terbatal.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat berkata tiada kekhilafan dalam penemuan fakta kes itu oleh hakim mahkamah pilihan raya.

Pada PRU-14 lalu, Anifah menang dengan memperoleh sebanyak 11,942 undi menewaskan pencabar terdekatnya daripada Warisan, Karim Bujang dengan majoriti tipis 156 undi.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kemenangan Anifah terbatal, PRK di Kimanis