Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup berucap pada Himpunan Veteran Tentera di pekarangan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Bekas tentera, Abdullah Rani Kulup Abdullah atau mesra dengan nama Kipidap mengaku marah apabila mengetahui berita abu mayat mendiang Chin Peng dibawa pulang baru- baru ini.

Justeru beliau mahu bekas tentera bangkit memprotes insiden abu ketua komunis berkenaan.

Dalam sebuah video ringkat berdurasi 58 saat yang dimuat naik beliau dalam ruang akaun Twitter peribadinya Abdul Rani Kulup semalam – beliau bersama kira-kira 200 orang berkumpul dan menyatakan bantahan terhadap isu yang sama.

Kipidap juga berkongsi pendapatnya bersama video tersebut di twitternya yang beliau kesal dan jiiik selepas mendapat tahu abu Chin Peng dibawa pulang ke dalam negara ini ke Perak.

“Saje ayah senyap 2,3 hari. Ayah rasa jijik bila tau abu Chin Peng laknat itu jejak tanah kita.

“Korang yang lahir negara dah merdeka mana nak reti pengorbanan orang lama.

“Kalau ayah kena panggil balik pun ayah sanggup, gout tak gout, yang penting lawan jilake!!,” katanya dalam ciapan Twitter beliau.- MalaysiaGazette