Sirajuddin Salleh

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memandang serius kenyataan Tan Sri Musa Hassan bahawa apa jua aktiviti melibatkan Parti Komunis Malaya (PKM) termasuk perjumpaan adalah haram dan salah dari segi undang-undang Akta Pertubuhan di negara ini.

Presiden Pertubuhan Gerakan Qiam (Qiam), Datuk Sirajuddin Salleh menegaskan, kenyataan ia akan disiasat dan diambil tindakan tegas’ dilihat hanya retorik yang tidak meyakinkan masyarakat tentang kesungguhan dan kemampuan kerajaan.

“Kenapa perkara ini tidak dibendung dan dibiarkan? Qiam mengesa kerajaan jangan seperti orang tidur, terhantuk baru nak tengadah.

“Jangan jadi kerajaan yang lemah dan biarkan perkara ini tanpa tindakan tegas ke atas sesiapa saja yang terlibat.

“Sekat dan musnahkan PKM sebelum akarnya jadi kuat dan mampu melancarkan pemberontakan sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Musa selaku bekas Ketua Polis Negara menggesa pihak polis menyiasat sama ada mereka yang menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai di Kajang, Isnin lalu masih menyokong idealogi komunis.

Menurut Musa, apa jua aktiviti membabitkan PKM termasuk perjumpaan bertentangan dengan Akta Pertubuhan disebabkan PKM adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan.

Sirajuddin juga menegaskan sebelum terlewat kerajaan mesti segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat isu keganasan komunisme.

“Dari dahulu kita sedar bahawa sekolah-sekolah Cina dan penempatan bekas kampung baru Cina adalah lubuk pembiakan ideologi PKM.

“Mereka sekarang ini sudah dewasa dan berselindung bergiat dan bergerak didalam NGO-NGO, parti-parti politik dan dalam kerajaan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Qiam juga membantah perhimpunan ini dan sebarang usaha yang dianggap mangagungkan Chin Peng dan cuba menghidupkan semula ideologi PKM.

“Kejadian bendera terbalik, bendera silap, buku dan komik ideologi komunis, kenyataan menghasut, usaha hendak ubah sejarah, Republik Malaysia, dan abu Chen Peng bukanlah satu kebetulan.

“Ini adalah perancangan halus gerak saraf untuk menghidupkan semula PKM oleh petualang negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.