Penyanyi, Datuk Nassier Wahab

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Nassier Wahab meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada jam 12.45 tengah malam tadi.

Allahyarham yang berusia 57 tahun itu meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf dan seorang anak, Intan Najihah.

Beliau sedang menjalani rawatan radioterapi dan kimoterapo selepas pembedahan membuang ketumbuan pada rahang kiri Julai lalu.

Menurut Berita Harian, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi ini untuk urusan pengebumian. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.