Presiden AMANAH, Mohamad Sabu sambil diiringi Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahudin Ayub beramah mesra dengan tetamu orang kurang upaya (OKU) pada majlis perasmian sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 06 DISEMBER 2019

SHAH ALAM – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyindir bekas partinya yang kini boleh berbaik-baik dengan musuh politik lama.

Mohamad berkata, lebih menarik lagi apabila bekas partinya itu sudah tidak lagi melabelkan bekas parti pemerintah sebagai kafir seperti sebelum ini.

“Dulu lawan, sekarang kawan, dulu aku sokong kau, kafir-kafir tak ada sudah, sudah tukar kitab baru,” katanya pada Konvenysen Nasional Amanah 2019, di sini, hari ini.

Mohamad dipercayai merujuk kepada Muafakat Nasional yang menyaksikan Pas dan UMNO mengumumkan kerjasama politik bagi menghadapi PRU15.

Mohamad juga menyifatkan bekas parti politiknya sebagai tukang sokong dan penumpang kepada bekas parti pemerintah itu yang dikuasai oleh golongan oportunis.

“Sama ada pemimpin, cendiakawan, birokrat, peniaga dan kelompok Melayu berpengaruh masih gagal menjadi bangsa penakrif kepada rupa bentuk kebangsaan.

“Kegagalan ini berpunca tekad politik dikuasai oleh kelompok oportunis. Manakala kelompok lain, sekadar menjadi tukang sokong atau penumpang,” katanya.

Sementara itu, Mohamad menyatakan komitmen Amanah untuk mempengaruhi kerajaan untuk meminda Perlembagaan bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

“Siapa berangan nak jadi Perdana Menteri, kena ingat ya, dua penggal saja.

“Ia sesuatu yang sekian lama kita perjuangkan bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kekuasaan yang berlebihan di sesuatu pihak.

“Ia bagi memberi peluang kepada bakat-bakat baharu untuk menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Ketika menyentuh komitmen Amanah untuk membaik pulih kerosakan negara yang dilakukan oleh pemerintah terdahulu, beliau sekali lagi menyindir sikap boros bekas pemimpin.

“Kita terkejut bagaimana mereka boleh belanja kad kredit lebih RM1 juta sehari.

“Saya tak tahu, tak boleh faham, RM1juta ni nak makan apa. Kalau udang galah itu RM1,000 kalau ikan kod paling mahal di luar negara RM200.

“Sungguh kaya kau ya…nanti kau kesunyian di sana seorang diri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Ko tak pyh nk ckp parti org lain lh mat serabut.. Ko sendiri pun tak betul.. Ko munafik.. Ckp lain buat lain.. Ko tak lyk lh jadi mnteri.. Menteri pling bodoh dlm sejarah yg pernah mlysia ada , adalh menteri pertahanan. Menteri cap ayam..

  2. Bekas parti dia sokong golongan opportunist? Habis parti ko sokong sapa, komunis? Rahmatan lil alamin dah jadi rambutan lil alamin dapat kat korang semua.

Comments are closed.