KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi punca kepada kemasukan beramai-ramai pendatang asing tanpa izin (Pati) ke Sabah.

Menurut Annuar, lebih mengejutkan apabila Warisan didakwa menjadi dalang kepada pemberian kad pengenalan MyKad kepada warga asing bagi membolehkan mereka layak mengundi.

“Sabah sepatutnya untuk Sabah..tetapi di bawah Warisan, ia penuh dengan pendatang haram, siap diberi pass sementara.

“Lepas tu dapat kad pengenalan dan daftar mengundi..sudah la sesama orang Sabah pun dah tak adil. Semua dibolot Semporna,” katanya ketika menciap di Twitter miliknya, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan Kerajaan Negeri Sabah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan atau pasport kepada mana-mana individu.

Sebaliknya menurut Mohd Shafie, bidang kuasa mengeluarkan dokumen pengenalan diri hanya diberikan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Yela..mmg kuasa keluarkan ic adalah bidang kuasa JPN,sbb tu byk kaki tgn JPN kne tngkap sbb jual ic kpd pndatang haram,dn JPN sabah adlah di bwh kementerian kamu la sapie bedal

  2. Ayoh org SABAH jangan undi WARISAN di PRK kimanis…jangan bagi muka dan peluang kepada orang pilak untuk berkuasa di SABAH…jangan tertipu dgn sentimen saudara seagama untuk mengizinkan orang pilak berkuasa di SABAH.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.