KUALA LUMPUR – UMNO Malaysia belum menerima apa-apa pernyataan atau kenyataan terbaharu dari Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung peletakan jawatan itu.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, setakat ini beliau tidak menerima sebarang maklumbalas.
“Tiada,” katanya ringkas kepada MalaysiaGazette apabila ditanya berhubung perkembangan terkini peletakan jawatan Mohamed Apandi yang disifatkan sebagai khabar angin itu.
Semalam, beliau menafikan khabar angin itu dengan berkata, semakan mendapati tiada sebarang surat peletakan jawatan dan Mohamed Apandi kini berada di luar negara.
Baca: Mohamed Apandi letak jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO
Baca: Tidak benar Apandi Ali letak jawatan, kata Annuar Musa
Semalam, heboh dengan laporan media mengatakan Mohamed Apandi meletakkan jawatan serta merta berikutan langkah pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Disiplin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. – MalaysiaGazette
















