Datuk Dr Barjoyai Bardai

KUALA LUMPUR – Penangguhan Program Subsidi Petrol (PSP) disifatkan pakar ekonomi sebagai tepat pada waktunya.

Menurut Datuk Dr Barjoyai Bardai dengan mengekalkan pemberian subsidi kaedah terkini kepada semua golongan ketika harga minyak mentah sedang meningkat maka penangguhan sebenarnya sebuah rahmat yang menguntungkan rakyat.

“Rakyat semua peringkat dan kelas mendapat faedah daripada penangguhan kerana sejak dua minggu kebelakangan ini harga minyak mentah meningkat mendadak.

“RON97 kalau kita lihat menaik mendadak jadi kita bayangkan kalaulah RON95 sudah tidak ada subsidi mungkin esok pagi harganya boleh meningkat lagi serta merta menjadi RM2.50 iaitu hampir sama dengan RON97.

“Tidak kira apa sebabnya kita rakyat sepatutnya bersyukur masih akan terus dapat subsidi waluapun harga minyak mentah sedang meningkat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Jelas Barjoyai, dengan trend peningkatan harga minyak sejak kebelakangan ini, subsidi PSP sebanyak RM30 sebulan tidak akan dapat membantu rakyat sekiranya dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kalaulah mereka mendapat RM30 sebulan yang sebernarnya tidak cukup menampung kenaikan harga minyak hari ini dan seterusnya yang kita tidak tahu akan kembali menurun harganya,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman penangguhan PSP yang sepatutnya diperkenalkan pada 1 Januari 2020.

Bagaimanapun Barjoyai tidak menolak hujah yang mempertikaikan kecekapan kerajaan khususnya Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana gagal melaksanakan PSP meskipun menjelang dua tahun pentadbiran Pakatan Harapan.

“Dari aspek kecekapan memanglah kita tengok KPDHEP memang sudah membuat perancangan bertahun-tahun maknanya sudah dekat dua tahun tapi masih gagal melaksanakan.

“Adakah mereka sengaja menangguhkan pelaksanaan ini untuk melegakan rakyat kerana tidak sesuai dilakukan pada masanya atau kecekapan kementerian yang sebenarnya kurang, kerana belum dapat menyempurnakan sistem ini untuk memperkenalkan PSP,” ujarnya.

Dilaporkan Menteri KPNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penangguhan yang telah dipersetujui oleh kabinet bertujuan untuk meneruskan sesi penerangan dan penjelasan kepada rakyat tentang PSP. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Program Subsidi Petrol ditangguhkan

2 Komen

  1. memang lah bagi 30 ringgit dengan harga minyak mahal tidak berbaloi. 30 ringgit tu berapa liter je dapat. mansuh je lah psp ni ganti dengan tambahan bsh. itu lebih adil. psp tak adil bagi orang miskin . mereka miskin tak semua ada kereta.

  2. Aikkk… Bukan moneyfasto buku tiada halapan guna formula Lapiji minyak RON95 RM1.50 seliter ka?

Comments are closed.