Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah bakal berdepan tindakan undang-undang kerana mengeluarkan kenyataannya berbaur fitnah dan perkauman berhubung isu Uptown Danau Kota.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, berdasarkan rakaman video sidang media pemimpin badan bukan kerajaan itu mendapati Mohd Ridzuan telah membuat dakwaan tidak berasas terhadapnya.

“Saya juga mendapat beberapa rakaman video di mana pengerusi Ikhlas Datuk Mohd Ridzuan telah membuat tuduhan palsu terhadap saya dan kandungan rasis itu juga mempunyai unsur-unsur hasutan

“Saya akan bincang dengan peguam saya dan mungkin akan mengambil tindakan mahkamah terhadap dia,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Wangsa Maju hari ini.

Terdahulu, Mohd Ridzuan dalam sidang medianya tengahari tadi mendakwa lebih 200 peniaga asal di Uptown Danau Kota kehilangan punca pendapatan kerana mereka tidak diberikan tapak niaga baharu di Bazaria Wangsa Maju.

Menurut Mohd Ridzuan, keciciran kira-kira 200 peniaga asal itu didakwa berpunca daripada tindakan Yee Kew yang memberikan tapak niaga kepada 30 peniaga berbangsa Cina yang berstatus pihak luar.

Dalam pada itu, Yee Kew membidas dakwaan Mohd Ridzuan yang menuduhnya sebagai mencampuri urusan petak niaga di tapak sementara Uptown Danau Kota apabila membawa masuk peniaga Cina.

“Tentang 30 orang Cina itu tak betul, tujuan kita ialah untuk meminta siapa peniaga di tapak niaga, supaya kita boleh pindahkan ke tapak baharu. Orang India ke, Cina kea, Melayu ke, kita tak kira.

“Tetapi mengikut bancian (DBKL) hampir 99 peratus peniaga di sini orang Melayu, cuma 20 gerai yang dijaga oleh orang Cina, jadi mereka diberi lesen, ada 20 orang saja.

“Ada lima atau enam gerai dijaga orang India, sebab mereka adalah peniaga asal di sana (Uptown Danau Kota),” katanya.

Katanya lagi, pihaknya tidak pernah memberikan tapak niaga di Bazaria Wangsa Maju kepada orang luar dan bukan daripada senarai bancian yang dilakukan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Sehingga ke hari ini, satu nama pun tidak ada diambil di luar daripada senarai 500 peniaga yang dibanci itu.

“Peniaga asal mungkin 10 tahun lalu mungkin (800 peniaga) tapi masa kita buat bancian hanya ada 500 orang saja dan bancian ini pula dijalankan selama empat bulan pada tarikh yang berlainan.

“Ia bagi memastikan orang yang betul-bertul berniaga ada di situ,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Siasat MP Wangsa Maju, salah guna kuasa Uptown Danau Kota

1 Komen

  1. Mmg btul pun mp tu tak buat kerja dn sifat resis…klu puak2 dapig mmg jahat pun..tak pyh nk nafikan lh puak2 dap laknatullah

Comments are closed.