Gambar hiasan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan pengharaman pengambilan perisa vape di seluruh negara.

Tindakan itu dibuat susulan kebimbangan tentang pengambilan e-rokok dalam kalangan remaja.

Larangan itu dikuatkuasakan untuk perisa pudina dan buah-buahan yang ditawarkan dalam e-rokok berasaskan kartrij, seperti yang dijual oleh Juul.

Tetapi perisa menthol dan tembakau masih dibenarkan.

Tindakan itu telah dipertimbangkan selama lebih daripada satu tahun, dengan beberapa negeri yang meluluskan peraturan yang sama.

Korea Utara, India, Brazil adalah antara negara yang telah mengharamkan e-rokok.

Manakala China pula sudah mula mengenakan sekatan. – MalaysiaGazette