LAUSANNE – Para atlet tidak dibenarkan melutut, menggunakan isyarat tangan atau sebarang mesej berbau politik untuk menunjukkan bantahan pada Sukan Olimpik Tokyo, kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

IOC menerbitkan garis panduan baharu untuk Peraturan 50 Piagam Olimpiuk yang secara khusus menyatakan jenis protes atlet tidak dibenarkan pada Sukan Olimpik musim panas 2020 yang akan berlangsung daripada 24 Julai hingga 9 Ogos depan di ibu negara Jepun.

Di bawah Peraturan 50, para atlet dilarang memihak dalam politik ketika beraksi seperti meninggikan genggam tangan yang dilakukan pelari pecut Amerika Syarikatr (AS), Tommie Smith pada kejohanan di Bandaraya Mexico pada 1968.

“Kami mahukan penjelasan dan mereka mahu penjelasan dalam peraturan itu,”

“Majoriti atlet berasa adalah sangat penting mereka menghormati sesama sendiri sebagai atlet,” kata Kristy Coventry yang mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Atlet IOC yang menerbitkan dokumen tiga muka surat itu.

Atlet yang melanggar peraturan bantahan itu akan menghadapi tiga pusingan tindakan disiplin, iaitu oleh IOC, sebuah badan pentadbir sukan dan badan Olimpik negara masing-masiung.

Mereka masih boleh menyatakan pendapat politik dalam media rasmi, mesyuarat pasukan atau akaun media sosial.

“Ia adalah prinsip asas bahawa sukan adalah neutral dan perlu dipisahkan daripada politik, agama atau sebarang jenis gangguan,” menuruut dokumen IOC yang menggesa ‘fokus pada padang permainan dan majlis meraikan prestasi atlet’.

Garis panduan baharu itu diwujudkan selepas dua atlet AS dikutuk oleh Jawatakuasa Olimpik AS kerana bantahan yang dilakukan di podium pada Sukan Pan-American di Lima, Peru pada Ogios lalu.

Atlet lawan pedang, Race Imboden melutut manakala Gwen Berry mengangkat genggaman tangannya sebagai tanda protes.

Kedua-dua mereka beri tempoh percubaan selama 12 bulan, tempoh masa yang masih membolehkan mereka beraksi pada sukan Olimpik Tokyo.

Protes lain termasuk yang berlaku pada 2019 yang membaitkan perenang Australia dan Britain yang enggan menyertai pemenang pingat emas kejohanan dunia, Sun Yang di podium kerana bintang China itu terlibat dengan kesalahan doping. – Agensi