Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Ja’afar Mahad berucap pada Majlis Paluan Berundur Sempena Persaraan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 17 JANUARI 2020

PUTRAJAYA – Setelah tiga dekad berkhidmat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ja’afar Mahad menamatkan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) hari ini.

Ketika Majlis Paluan Berundur bersempena persaraannya di ibu pejabat suruhanjaya itu, Ja’afar kelihatan sebak dan sedih  meninggalkan SPRM.

Beliau yang pada hujung ucapan mempersembahkan puisi nukilan Profesor Hamka bertajuk ‘Terlena’ bagaimanapun tidak dapat menghabiskannya kerana sedih dan sebak.

Beliau juga sempat mengimbau pengalamannya memulakan tugas sebagai Pegawai Siasatan pada 29 Mei 1984, memikul amanah dan tanggungjawab dengan cabaran.

Selepas 36 berkhidmat beliau melihat perubahan besar yang berlaku dalam SPRM dari aspek sistem, cara kerja, struktur organisasi dan undang-undang.

Beliau juga gembira melibat SPRM kini mendapat dokongan kerajaan.

“Kini setelah tiga dekad lalu saya melihat terdapat banyak perubahan dan perubahan SPRM. Sistem cara, struktur organisasi dan undang-undang, khususnya sejak SPRM diwujudkan pada 1 Januari 2009,” katanya.

Beliau berharap kesinambungan legasi kecemerlangan SPRM selepas ini akan berterusan.

Ja’afar juga berharap  penggantinya akan meneruskan usaha untuk mendapatkan peruntukan pembangunan bagi pembinaan empat Kompleks Pejabat SPRM di Sabah, Kedah, Perlis dan Labuan.

Ja’afar akan digantikan oleh Datuk Jupinah Wandi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (pengurusan dan Profesionalisme) SPRM yang baharu, Datuk Junipah Wandi pada Majlis Paluan Berundur Sempena Persaraan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 17 JANUARI 2020

Jawatan terakhir Jupinah adalah Pengarah Bahagian Pengurusan Intergriti Agensi dan Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast