Ketua AMK PKR Kedah, Mohammed Firdaus Johari

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Mohammed Firdaus Johari menyifatkan Zuhuraina dangkal.

Exco Srikandi Bersatu itu juga didakwa gagal memahami hakikat politik Pakatan Harapan (PH).

“Beliau (Zuhuraina) seharusnya faham bahawa perjanjian untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah keputusan yang telah dimeterai sejak awal penubuhan PH.

“Perkara ini tidak perlu dibangkitkan secara kerap kerana perjanjian ini jelas dan transisi peralihan jawatan perdana menteri pasti akan berlaku. Hanya masa yang akan menentukan,” katanya.

Mohammed Firdaus merujuk kepada kenyataan Zuhuraina yang mendakwa rakyat tidak mahu Anwar menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri hari ini.

Apa pun, katanya, Mahathir juga secara berulang kali menyatakan komitmen untuk menepati janji dan menyerahkan kuasa kepada Anwar

“Sebagai pendukung PH, Zuhuraina sepatutnya akur dan menghormati perjanjian ini disamping mempermudahkan segala urusan berkaitan, bukannya menambah kekusutan dengan mempertikaikan peralihan kuasa,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Srikandi dakwa rakyat tak mahu Anwar ganti Tun M

1 Komen

  1. Syabas Sri kandi pkr. Anda bijak. Tun tidak akan serah jawatan kpd DSAI. Macai2 dsai saja bodoh n baghal, x nmpak permainan Tun.

Comments are closed.