Mohamad Alamin

BEAUFORT – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis menunjukkan Barisan Nasional menang apabila calonnya Mohamad Alamin meraih 11,992 undi.

Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang pula memperoleh 10,200 undi.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman  pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Karim ialah calon Warisan bagi kerusi itu pada PRU14, namun kalah dengan majoriti 156 undi kepada Anifah, yang ketika itu bertanding atas tiket BN.

Anifah memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru. Calon lain daripada Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail pula meraih 1,300 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

    • memang rakyat tak mahu dah PH masih tak sedar lagi ke. atok bubar parlimen jangan sampai LGE dan LKS dan DAPig jual negara ini. nanti otok susah juga

  1. memang rakyat tak mahu dah PH masih tak sedar lagi ke. atok bubar parlimen jangan sampai LGE dan LKS dan DAPig jual negara ini. nanti otok susah juga

Comments are closed.