Hernandez atau dikenali Chicharito.

AMERIKA SYARIKAT- Los Angeles Galaxy dijangka memuktamadkan perjanjian kontrak bersama bekas penyerang Manchester United, Javier ‘Chicharito’ Hernandez dari kelab Seville dengan nilai perpindahan sebanyak £7 juta.

Menerusi perjanjian itu, Galaxy akan menjadikan penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad kebangsaan Mexico itu sebagai pemain dengan gaji tertinggi di saingan Major League Soccer (MLS) biarpun butir rundingan tidak didedahkan kepada umum.

LA Galaxy akan mengumumkan ketibaan Hernandez secara rasmi pada minggu depan.

Seorang lagi penyerang antarabangsa Mexico, Carlos Vela yang beraksi dengan pasukan di bandar Los Angeles iaitu Los Angeles FA mengakui turut teruja dengan berita penyertaan rakan senegaranya itu di Amerika Syarikat.

Hernandez merupakan pemain senior Mexico dan telah pun menjaringkan 52 gol dalam 105 penampilan antarabangsa.

Dia menyertai Seville dari West Ham United ada September lalu.

Namun Hernandez gagal memberi impak dan hanya bermain dalam dua perlawanan sejak awal musim ini.

Pemain berusia 31 tahun itu akan berperanan sebagai penggempur utama buat Galaxy selepas pemergian Zlatan Ibrahimovic yang telah menyertai kelab Serie A, AC Milan pada bulan ini.

Penyerang Sweden itu telah menjaringkan 53 gol sepanjang dua musim di MLS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast