TERKINI : Malaysia Berada Pada Landasan Yang Baik Untuk “KOMERSIALKAN 5G” – Tun Mahathir

LANGKAWI – Malaysia berada pada landasan yang baik untuk mengkomersialkan 5G pada suku ketiga tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, 5G adalah komponen penting bagi negara ini kerana ia mempunyai kuasa untuk mempromosikan pelbagai perkhidmatan baru,meningkatkan kecekapan pembuatan serta merangsang inovasi di seluruh negara.

“Sejak “5G Malaysia Showcase” pada April 2019, persediaan untuk menggunakan 5G telah bertambah maju dan saya gembira untuk menyatakan bahawa Malaysia berada dalam landasan untuk melancarkan 5G secara komersial pada suku ketiga tahun ini,” katanya ketika berucap pada demonstrasi projek-projek 5G di sini malam ini.

1 Komen

Comments are closed.