Nicole Wong
Nicole Wong

KUALA LUMPUR – Pemuda MCA mengutuk tindakan ganas kumpulan yang disyaki penyokong Parti Warisan Sabah terhadap orang-orang Barisan Nasional di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kelmarin.

Ketuanya, Nicole Wong menyeru supaya masyarakat jangan berpecah kerana Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Kimanis baru-baru ini.

Pemuda MCA berasa dukacita atas insiden yang telah berlaku.

“Negara kita mempunyai undang-undang. Tiada siapa boleh membelakangkan undang-undang ini dan menyerang orang lain secara keganasan di khalayak ramai, apatah lagi di sebuah lapangan terbang antarabangsa. Tiada undang-undang akan membiarkan perkara sebegini.

“Apa yang mendukacitakan, penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak disyaki bertelagah kerana PRK tersebut sehingga saling tuduh menuduh dan akhirnya terjadi keganasan. Kita percaya tiada siapa daripada kita ingin melihat perkara ini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nicole, para pengundi Kimanis telah membuat pilihan melalui sistem demokrasi pada 18 Januari dan keputusan PRK tersebut telah pun dimuktamadkan.

Justeru, Pemuda MCA menyeru orang ramai menerima keputusan demokrasi secara terbuka serta mengingatkan bahawa keganasan tidak boleh mengubah apa-apa.

“Tidak kira parti kerajaan mahupun pembangkang, tiada siapa patut bertindak menentang tata susila awam atau melakukan tindakan lain yang menyalahi undang-undang.

“Mereka yang berasa pihak lawan telah melakukan kesalahan, gunakanlah saluran undang-undang yang bersesuaian, bukannya menguatkuasakan sendiri undang-undang,” katanya lagi.

Justeru, Pemuda MCA berharap dan menyokong pihak polis bertindak secara saksama ke atas sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa mengira fahaman politik.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Papagomo ‘diserang’ sekumpulan lelaki di KKIA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Haii…
    Koyak gambar KM Sabah depan orang Sabsh kau dizm je..
    Kau ni memang kumpulan bangsat

Comments are closed.