Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Zuraida Kamaruddin masih Naib Presiden PKR dan masih Ketua Cabang Keadilan Ampang.

Itu tegas setiausaha politiknya, Nor Hizwan Ahmad menjawab berita tular kononnya bosnya itu sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Tindakan itu juga sangat tidak bertanggungjawab apabila mengaitkan kementerian dengan isu politik.

“Dengan tegas dinyatakan bahawa tularan tersebut adalah palsu dan merupakan kerja jahat dan amatur pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh atas situasi politik dalaman parti yang berlaku sekarang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, Zuraida sudah menafikan berita tular itu dan mengatakan ia adalah palsu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Zuraida sertai Bersatu?

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast