MILAN – Bintang┬ábola sepak dunia, Zlatan Ibrahimovic memperkenalkan produk penjagaan lelaki dari jenamanya sendiri yang kini berada di pasaran.

Antara produk yang diperkenalkan oleh Ibrahimovic di bawah jenama ZLATAN ialah produk penjagaan badan seperti pewangi, deodoran, antipersipant, dan pencuci rambut serta badan untuk produk mandian.

ZLATAN turut tampil dengan produk penjagaan rambut seperi wax rambut, gel, dan semburan garam laut untuk setiap jejaka tampan dan berharga seperti anda.

Sebagai pengenalan kepada rangkaian produk tersebut, ZLATAN mengadakan peraduan untuk dimenangi oleh pengikut bertuah.

Anda hanya perlu ikuti laman Instagram @zlatanibrahimovicparfums, dan tag dua lagi rakan.

Hadiah menarik berupa set barangan penjagaan lelaki bersama dengan beg edisi khas dengan tandatangan Ibrahimovich sendiri menanti pemenang yang bertuah. – MalaysiaGazette