LONDON – Penyokong-penyokong Manchester United mula mendesak agar kelab itu segera bertindak membeli penyerang, Edinson Cavani.

Cavani sebelum ini dikatakan telah memohon untuk meninggalkan kelab Paris Saint-Germain (PSG).

Penyerang antarabangsa Uruguay telah mencatat 198 gol dalam 292 penampilan bersama PSG sejak 2013 selepas berpindah dari Napoli.

Cavani yang berusia 32 tahun mahu bertukar angin mencari cabaran baharu.

Difahamkan United telah membuat tawaran kepada Cavani bulan ini berikutan pengurus Ole Gunnar Solskjaer sedang mencari penyerang baharu sebelum tarikh tutup perpindahan pemain.

Ia mengukuhkan lagi kehendak Solskjaer apabila pemainnya Marcus Rasford terpaksa diketepikan kerana kecederaan selama dua bulan.

Cavani turut diintai dua lagi kelab gergasi, Atletico Madrid dan Spurs. – MalaysiaGazette