KUALA LUMPUR – Pengarah muzik ternama Faizal Uzir atau Lok-U menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi hari ini.

Berusia 47 tahun, Allahyarham Lok-U difahamkan mengalami sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil selepas selesai berjogging.

Jenazah Allahyarham Lok-U kini dilaporkan berada di Hospital Serdang bagi proses bedah siasat sebelum dibawa pulang semula ke kediamannya bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham Lok-U meninggalkan isteri Jamariah Yusof serta empat orang anak Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Lok-U yang merupakanpemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.-MalaysiaGazette