LONDON – Arsenal mengesahkan Pablo Mari sudah menandatangani kontrak bersama kelab tersebut secara pinjaman.
Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu menyertai skuad The Gunners dari Flamengo sehingga akhir musim ini.
Mari berkata dia teruja berada bersama sebuah kelab besar dan akan melakukan yang terbaik untuk membantu rakan sepasukannya.
“Arsenal adalah salah satu kelab terbaik di dunia dan saya sangat gembira untuk menyertainya.
“Menjadi impian saya untuk menyarung jersi Arsenal dan sangat berharap untuk bermain dalam jersi ini dan membantu pasukan saya,” katanya di laman web kelab itu.
Sementara itu pengarah teknikal Arsenal, Edu menambah Mari adalah pemain berpengalaman yang akan memberikan kami kualiti pertahanan tambahan. – MalaysiaGazette