Polis berada berhampiran dengan bangunan di mana 20 kanak-kanak ditahan oleh seorang penculik.

LUCKNOW – Seorang lelaki yang mengatur majlis hari jadi untuk anak perempuannya yang berusia setahun sebelum menculik 20 kanak-kanak ditembak mati oleh polis.

Media tempatan yang mengenalpasti lelaki tersebut sebagai Subhash Batham menyatakan lelaki itu yang didakwa membunuh sebelum ini tetapi dibebaskan kerana diikat jamin, lapor BBC.

Penduduk setempat di daerah Uttar Pradesh kemudian memukul isterinya sehingga mati.

Polis cuba berunding dengan lelaki itu dalam tempoh 10 jam sebelum menyerbu sebuah bangunan.

Penculik itu terbunuh dalam insiden tembakan. Semua kanak-kanak yang berusia antara enam bulan hingga 15 tahun diselamatkan.

Isteri Batham, yang namanya tidak didedahkan, kemudian diserang apabila dia cuba melarikan diri.

Polis berkata, penduduk setempat membaling batu ke arahnya.

“Dia mengalami kecederaan di kepala dan mengalami pendarahan dan dikejarkan ke hospital,” kata pegawai polis kanan, Mohit Agarwal kepada rangkaian televisyen, NDTV.

Wanita itu kemudian mati kerana kecederaan yang dialaminya.

Adalah tidak jelas jika wanita itu terlibat dalam insiden penculikan tersebut. – Agensi.