Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun (kanan) menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Red Deck di RedQ Air Asia Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 22 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranun melepaskan jawatan eksekutif masing masing dalam AirAsia dan AirAsia X berkuatkuasa serta merta untuk tempoh dua bulan atau tempoh yang syarikat fikirkan sesuai bagi membantu siasatan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu.

Menurut kedua-dua pengasas syarikat itu, mereka tidak akan merosakkan syarikat yang mereka bina sehingga mencapai status syarikat global ketika ini.

“Kami menafikan semua dakwaan kesalahan dan salah laku bagiĀ  pihak kami sebagai pengarah-pengarah AirAsia,” kata Tony dan Kamaruddin dalam kenyataan bersama hari ini.

Pada 1 Februari lalu, Airbus didakwa telah merasuah pegawai-pegawai AirAsia dan AirAsia X sebanyak AS$50 juta (kira-kira RM204.8 juta) bagi mendapatkan kontrak untuk membekalkan pesawat kepada syarikat penerbangan tambang murah itu.

Menurut laporanĀ theedgemarkets.com, dana tersebut digunakan untuk menaja sebuah pasukan sukan yang tidak dinamakan.

Tony merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd manakala Kamaruddin pula adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad.

Tambah kenyataan itu, mereka mengalu-alukan sebarang siasatan yang dilakukan pihak berkuasa dan akan memberi kerjasama penuh.

Selain itu Tony dan Kamaruddin juga akan membantu AirAsia di atas kapasiti nasihat apabila diperlukan. – MalaysiaGazette

Airbus didakwa rasuah eksekutif AirAsia, AirAsia X