Aminuddin Yahaya

KUALA LUMPUR – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berpandangan, langkah terbaik untuk menghalang DAP daripada mendapat lebih kerusi di Dewan Rakyat adalah dengan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum (PRU) segera.

Presidennya, Aminuddin Yahaya mendakwa, meskipun umum mengetahui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berbuat demikian ekoran merasai risiko terhadap kedudukan diri beliau dan partinya tetapi penyelesaian paling praktikal buat masa ini adalah menubuhkan kerajaan yang dibina menerusi gabungan antara Pas, Barisan Nasional (BN), Parti Gabungan Sarawak (GPS) serta ahli-ahli Parlimen yang pro kepada beliau.

“Ini akan mengekang segala perancangan dan pencaturan DAP terutamanya usaha mengubah sistem pilihan raya perwakilan berkadar itu,” katanya menerusi kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini.

Aminuddin mengulas laporan kenyataan Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Muhammad Asri Mohd. Ali yang mengatakan pelaksanaan sistem pilihan raya sedia ada iaitu First Past The Post (FPTP) kepada sistem perwakilan berkadar (PR) akan membolehkan DAP memenangi lebih 60 kerusi Parlimen pada masa akan datang.

Menurut Muhammad Asri, langkah itu akan membolehkan DAP menuntut jawatan Perdana Menteri kerana memiliki blok kerusi terbanyak di Parlimen.

Beliau berkata, para pengundi Melayu pula terpaksa terus membuat pilihan ke atas parti-parti Melayu yang banyak semasa pilihan raya umum (PRU).

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, alternatifnya menyingkirkan DAP daripada kerajaan pastinya akan mendapat tentangan daripada gerombolan politikus Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju kerana terlalu sayangkan DAP.
Ujarnya, semua itu terserah pada pemimpin-pemimpin parti politik Melayu sama ada mereka sanggup berjiwa besar demi kepentingan umat atau hanya akan menurut ego masing-masing.

“Kita hanya mampu menasihati dan mendesak sahaja tetapi rakyat sedang menilai.” tambahnya. – MalaysiaGazette

Sistem PR: DAP boleh menang lebih 60 kerusi Parlimen

5 Komen

  1. PH menang dengan konspirasi dan tipu-daya. Jalan keluar yang terbaik untuk membetulkan kemelut politik sekarang adalah dengan membubar parlimen. Itulah cara yang terbaik. Serahkan kuasa pada rakyat untuk memilih kerajaan yang baru.Yang paling rugi sekarang ini adalah umat Islam dan Melayu. Pemimpin Islam dalam PH telah menjual maruah Melayu dan Islamnya kepada orang yang bukan Islam. Pemimpin non-Muslim yang boleh dipercayai hanyalah yang ada dalam kalangan MCA dan MIC. Yang lainnya hanya rasis. Ayuh cepat bubar parlimen. Yang menderita bukan pemimpin dan penyokong PH tetapi adalah terdiri dari kalangan rakyat biasa. Tolong fikirkan masa depan Islam dan kelestarian Umat Islam. Kerana itu, saya sarankan PM agar bubarkan parlimen.

  2. Kamu fikir org tua tu nak ka bubar parlimen?…org tua tu jenis yg gila kuasa lah dia tak aka buat kerja yang boleh membuatkan dia dan ahli keluarganya jatuh miskin.

  3. Kenapa sekarang terlalu ramai suku sakat umno@bertopengkan ngo.. Panas bontot.

    Sebab dedak dah nak kering ke ??

    Kenapa begitu mudah nak bubar parlimen
    Apakah negara ini dah kucar kacir.

    Kalau iyapun tunggulah dgn sabar pru akan datang.
    Majlis profesor Negara ke, Isma ke boleh lah letakkan seberapa calon pada pru akan datang.

    Hormati & junjung tinggilah. Kedaulatan uu & perlembagaan negara & prinsip demokrasi berparlimen.

  4. Orang2 melayu islam nak pemimpin babi dari pemimpin lembu.nanti semua pakat makan babi lembu dah tak boleh makan.buta hati buta perut sokong lah dap kalau nak mkn babi.islam dan orang melayu akan hancur jika dap berkuasa total.

Comments are closed.