Setiausaha Politik Zuraida Kamarudin, Nor Hizwan Ahmad

KUALA LUMPUR – Tindakan memberi amaran agar Zuraida Kamarudin tidak menjalankan sebarang aktiviti atas kapasiti Naib Presiden PKR sepanjang tempoh bercuti dilihat tidak wajar.

Setiausaha Politik kepada Zuraida, Nor Hizwan Ahmad menyifatkan kenyataan Chang Lih Kang sekadar kenyataan ‘pemain simpanan setelah serangan jagoan asal semakin menumpul dan direhatkan’.

“YB Zuraida jelas menyatakan hasrat bercuti daripada jawatan parti kerana ingin memberi laluan agar proses oleh Lembaga Disiplin terhadap beliau dapat berjalan bebas dan tanpa pengaruh sama sekali,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Hizwan juga hairan kenapa Lih Kang diam seribu bahasa apabila dua lagi Naib Presiden iaitu Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli yang lebih awal bercuti dan meninggalkan tanggungjawab mereka tanpa sebarang sebab munasabah.

“Tindakan memberi amaran agar YB Zuraida tidak menjalankan sebarang aktiviti atas kapasiti Naib Presiden sepanjang tempoh cuti adalah tidak perlu sama sekali.

“Saya menegaskan, komitmen beliau selaku Naib Presiden dipilih akan terus digerakkan atas dorongan semangat dan dokongan anggota parti,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast