Gambar hiasan

LONDON – Permintaan minyak dunia akan menurunkan pada suku pertama buat pertama kali dalam tempoh sedekad lalu susulan ancaman Covid-19, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA).

Anggaran baru menunjukkan pasaran minyak menghadapi lebihan ketara walaupun pengurangan pengeluaran dilakukan oleh OPEC dan sekutu-sekutunya.

Harga minyak mentah telah menyusut dalam tempoh setahun di bawah paras AS$50 setong minggu lepas dan kesan wabak Covid-19 akan dirasai sepanjang tahun, kata agensi itu.

“Permintaan telah terjejas teruk oleh wabak koronavirus baru itu dan menjejaskan secara meluas ekonomi China,” menurut IEA sambil menambah ekonomi tersesan teruk berikutan penularan koronavirus novel dan penutupan ekonomi China yang meluas.

Tambahnya, krisis berterusan ini masih berterusan dan setakat peringkat ini sukar untuk menyimpulkan secara tepat mengenai kesannya.

Penggunaan minyak dunia yang sebelum ini dijangka berkembang sebanyak 800,000 tong sehari dalam tempoh tiga bulan berbanding tempoh yang sama setahun lalu – diunjur merosot sebanyak 435,000 sehari, kata laporan pasaran minyak EIA.

Untuk 2020 secara keseluruhannya, virus itu akan mengekang pertumbuhan tahunan dalam penggunaan global sebanyak 30% hingga 825,000 tong sehari – kedudukan paling rendah sejak tahun 2011.

Kesannya akan menjadi lebih teruk daripada wabak SARS pada tahun 2003 kerana kepentingan dan integrasi China meningkat dalam ekonomi dunia.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat jatuh sebanyak 17% tahun ini kerana peniaga menilai kesan wabak tersebut.

EIA berkata, pengguna tidak mungkin mendapat faedah daripada kejatuhan harga minyak kerana penyakit itu akan merosakkan ekonomi yang lebih luas. – MalaysiaGazette