Lembaga Tabung Haji deposits TH menafikan dakwaan Dr. Asyraf
Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Pas menuntut satu penjelasan tuntas daripada pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (LTH), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan Menteri Kewangan berhubung penamatan operasi serta perkhidmatan hospitaliti bagi empat rangkaian hotel di bawah kumpulan TH Hotel & Residence Sdn Bhd.

Gesaan itu dibuat susulan surat yang bertarikh 17 Februari 2020 daripada TH Hotel & Residences Sdn Bhd (THHR) telah tular di media sosial dan amat mengejutkan ramai pihak.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan telah gagal mengemukakan jawapan konkrit berhubung transaksi penjualan meragukan dua syarikat subsidiari dan aset ladang kelapa sawit milik TH Plantations Berhad bulan lalu.

Dan kini TH pula akan menamatkan operasi empat aset komersial milik TH Hotel & Residence kerana bangunan hotel tersebut didakwa telah diambil alih oleh SPV milik Kementerian Kewangan iaitu Urusharta Jemaah Sdn Bhd.

“Tindakan ini menunjukan semua aset di bawah pemilikan TH yang diserahkan kepada UJSB akan terbuka untuk dipindah milik kepada pihak lain,” tegasnya.

Sehubungan itu, Pas meminta justifikasi kukuh berhubung perkara ini.

Artikel berkaitan:Kenapa hentikan operasi hotel-hotel Tabung Haji?

“Adakah keempat-empat hotel tersebut mengalami masalah kewangan yang serius? Adakah ia akan diambil alih oleh UJSB atau dijual kepada pihak lain.

Tuan Ibrahim menambah, Pas turut bimbang dengan nasib semua aset hartanah LTH bernilai RM1.4 bilion (nilai buku) yang telah dipindahkan kepada UJSB antaranya tanah TRX KL (RM196 juta), Platinum Park (RM486 juta) dan tanah Presint 4 Putrajaya (RM92 juta).

“Apakah sebenarnya makna pemulihan jika aset-aset LTH milik umat Islam boleh dipindah milik kepada pihak lain dengan sewenang-wenangnya?,” soalnyanya lagi. – MalaysiaGazette

TH tutup hotel, berhentikan kakitangan