Suspek (berbaju merah) ditahan polis selepas menikam seorang muazzin di masjid di London. foto BBC

LONDON – Seorang lelaki ditahan selepas menikam seorang muazin di sebuah masjid di London.

Suspek ditahan dan berdepan dengan pendakwaan cuba membunuh.

“Penyerang telah ditahan oleh jemaah masjid sehingga polis tiba dan menahannya,” kata Pemegang Amanah Masjid Pusat London dalam satu kenyataan di sin.

Bagaimanapun, Polis Metropolitan London berkata, insiden itu tidak ada kaitan dengan keganasan,

“Lelaki berusia 29 tahun itu yang dipercayai telah menunaikan solat telah ditangkap di dalam masjid kerana disyaki melakukan cubaan membunuh,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Gambar yang dipaparkan di Twitter menunjukkan pegawai polis menahan seorang lelaki di dewan sembahyang masjid, berhampiran Regents Park dan membawanya keluar.

Seorang saksi mengatakan kira-kira 100 jemaah berada di dewan masjid ketika serangan itu berlaku dan kira-kira 20 orang meluru kepada penyerang itu.

“Saya mendengar jeritan dan kemudian melihat darah mengalir,” kata saksi yang enggan memberi namanya.

Beliau berkata, mangsa ditikam di bahunya oleh seorang lelaki yang solat di masjid selama kira-kira enam bulan sebelum kejadian itu.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyatakan rasa sedih dengan serangan itu.

“Sungguh mengerikan dan ia tidak sepatutnya berlaku, terutama di tempat ibadat,” kata Johnson menerusi Twitter. – MalaysiaGazette