KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir Khalid Samad berhubung kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan itu yang memuji keputusan berani Peguam Negara menghentikan serta-merta prosiding kesemua 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, yang menangkap semua tertuduh itu adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kini di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Soal Najib, adakah PDRM golongan ekstrimis Melayu.

“Yang kata mereka ditangkap kerana ada bukti kukuh, Menteri KDN di bawah kerajaan PH. (Menteri KDN ialah Muslim kumpulan kanan terlajak ke?)

“Yang dakwa mereka, AG di bawah kerajaan PH. (AG ialah pihak yang telah sengaja dikelirukan ke?),” katanya menerusi akaun Facebook beliau.

Malah, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Peguam Negara yang gugurkan pendakwaan tersebut juga adalah Peguam Negara di bawah kerajaan PH.

“Lepas itu, Lid puji kerajaan PH kerana bertindak professional, adil dan berani.

“Kerajaan PH yang mana kamu puji, Lid?

“PDRM, Menteri KDN atau AG?,” soalnya. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Menteri vap ayam dah mabuk todi tu..itu lh , sudah di mkn sumpah..dulu dlm pas ko baiah, lpas tu lngar juga baiah..skrg tanggung lh akibat nya..itu dah tak btul dah di mnteri cap ayam tu..

  2. Haisy… Kesian aku tengok bekas pm malaysia sekarang ni… Dah macam orang bodoh dan bangang je… Tu la jib… Masa ko dibagi amanah dulu ko tak nak jaga amanah tu… Suka2 ko je samun duit rakyat… Sekarang bila rakyat dah hukum kesilapan ko yang suka menyamun tu… Terima lah akibat nya…

    • Aku lg kesian tgk ko..nmpk bodoh sgt sbb xphm apa najib post tu..nmpk sm bodoh dgn menteri PH..pttlah menteri2 PH bodoh..penyokong lg bodoh rupanya..btw, brp duit rakyat najib samun?..brp duit ko yg najib ambik?

Comments are closed.