Bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berjalan keluar selepas ahli parlimen Barisan Nasional dan PAS mengadakan perjumpaan tertutup di Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak pihak-pihak yang mula menunding jari kepada Barisan Nasional (BN) ekoran runtuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sedangkan, bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara yang berlaku ini mudah sahaja.

Menurutnya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang bertindak keluar PH dan kemudian Perdana Menteri letak jawatan dalam kerajaan dan parti.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula pecat pemimpin yang menyokong Perdana Menteri, menyebabkan pemimpin PKR yang menyokong Perdana Menteri keluar parti.

“Last-last, korang salahkan BN PAS? Please,” ujarnya menerusi akaun Facebook.

Dalam posting seterusnya, Najib terus menghujani beberapa soalan.

Soalnya: UMNO ke yang suruh PPBM keluar PH? UMNO ke yang minta PM ke-7 letak jawatan PM dan PPBM?

“UMNO ke yang desak peralihan kuasa kepada bakal PM tu? UMNO ke yang suruh PKR pecat pemimpin yang sokong PM ke-7? UMNO ke yang suruh pemimpin keluar PKR ?

“Tak ada kan? Tolong lah ye,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, bubarlah Parlimen kerana rakyat sudah letih dan sudah cukup sengsara. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Orang bukan Islam kata “Law of Karma”, sedangkan orang Islam kata “Sunnatullah”. Kita perlu ambil pengajaran bahawa kita jangan buat jahat, mempersenda dan mengaibkan orang lain, nanti suatu hari nanti benda itu akan jadi pada kita. As a leader we should morally and ethically sound. So far, regardless about the charges on DSN is been very nice, kind, generous, ethical and professional in dealing with his political rivals and in taking care of the rakyat. May Allah, save Malaysia.

Comments are closed.