KUALA LUMPUR – Beberapa bekas Ahli Parlimen PKR tiba di perkarangan rumah Presiden Bersaru, Tan Sri Muhyiddin Yassin antaranya Datuk Kamaruddin Jaafar, Ali Biju dan Willie Mongin.
Masing-masing tiba jam 2.05 petang dan tidak berkata apa-apa kepada media.
Lima minit selepas itu, Zuraida Kamaruddin, bekas Menteri Luar, Datuk Saifuddin dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar juga tiba di rumah Ahli Parlimen Pagoh itu.
Turut memasuki rumah Muhyiddin adalah Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar.
Bagaimanapun tiada kelibat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Turut hadir adalah Ahli MPT, Wan Shaiful Wan Jan, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun, Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. -MalaysiaGazette