KUALA LUMPUR – Keputusan perbincangan ahli-ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini tidak boleh mewakili parti selagi masih tidak mendapat mandat kebenaran keseluruhan ahli Majlis Pimpinan Parti (MPT).
Justeru Armada Bersatu yang merupakan sayap pemuda parti itu tetap berpegang teguh kepada keputusan mesyuarat pada 24 Februari lalu untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
“Armada akan terus mendokong amanat dan mandat rakyat yang telah diberikan pada PRU-14. Berikan sepenuh kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi Bersatu,” kata Naib Ketua Armada Bersatu, Aizat Roslan dalam kenyataan di sini.
Beliau turut menegaskan pendirian Armada untuk tidak bekerjasama dengan individu yang terpalit dengan skandal rasuah begitu juga yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah.
“Bersatu akan tetus menjadi parti Melayu yg bermaruah demi agama bangsa dan negara,” katanya.
Pagi tadi ahli-ahli Parlimen Bersatu bermesyuarat dan turut dihadiri pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Artikel berkaitan: Bersatu calonkan Muhyiddin perdana menteri kelapan
Satu kenyataan dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut yang mengumumkan pencalonan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 sekaligus menyingkirkan nama Dr Mahathir.
Turut mencalonkan Muhyiddin adalah semua ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pas.
Pakatan Harapan pula mencalonkan nama presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jawatan tersebut untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette
Semua parti Melayu, kata, mareka lah yang jaga kepentingan, ugama, bangsa dan tanah air….. Kalau tiada kerjasama, tak payah cakap lah….
Mahathir dapat sokongan cukup ka utk jd PM balik?? kalau mcm tu baik Armada sokong DAP atau bubarkan parlimen
Bangsa mlyu , di kala bangsa mu hampir hancur di bumi dan tanah air sendiri, tak kala msasih lagi kedegaran suara2 sumbang, yg mahu memecah belahkan bangsa melayu..bersatulah wahai bangsa malayu..supaya peluang yg ada ini dapat di pgang dgn sebaik mungkin, spya bngsa mu tidak lagi di anak tiri kn di tanah air sendiri..bersatu demi agama, bngsa n ngra..anak cucu kita sedang memerhati tindak tanduk mu wahai bngsa mlyu…lupakn pgaduhan n berebut jawatan sesama bngsa demi maruah bngsa mlyu..sesungguhnya bersatu kita i dah n kuat du lihat olh org luar n asing..ayuh bngkit bngsa ku demi tanah tumpah darah kita yg tercinta..
Menyusahkan rakyat dan mengkucar kachirkan negara. Kalau macam ini buat apa dulu letak jawatan PM dan Pengerusi bersatu . Dan buat apa Bersatu keluar dari PH . Kelakarlah ! Malu negara lain lihat kerajaan Malaysia nie……l