KUALA LUMPUR- Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang beliau ditawarkan jawatan Perdana Menteri jika bersetuju menerima UMNO secara en bloc.
“Ya,” jawabnya ringkas dalam satu ciapan di Twitter sambil mengepil bersama laporan sebuah portal yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung perkara itu.
Terdahulu Nazmi dalam satu hantaran di Facebook mendedahkan, tawaran tersebut dibuat sebelum krisis politik bermula pada minggu lepas.
Bagaimanapun menurut beliau, Anwar enggan menerima tawaran berkenaan kerana tidak mahu mengkhianati mandat rakyat.
“Anwar mendedahkan sebelum krisis bermula, terdapat satu tawaran yang datang kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri dengan syarat beliau perlu meninggalkan Pakatan Harapan dan bersedia menerima UMNO secara en bloc termasuk pemimpin-pemimpin yang sedang dibicarakan atas kesalahan rasuah.
“Anwar menolak kerana tidak mahu mengkhianati mandat rakyat semata-mata mahukan jawatan Perdana Menteri,” kata Nazmi.
Dalam pada itu, dalam satu video ucapan yang dimuatnaik di Twitternya, Anwar antara lain menyeru rakan-rakan seperjuangannya untuk kembli ke landasan perjuangan.
Katanya, Pakatan Harapan telah mengambil jalan yang tegas mengikut perjuangan mereka yang tidak mahu bersekongkol dengan UMNO.
“Dulu ada yang gusar bertanyakan mengapa saya tidak berkompromi. Saya dapat menghidu apa yang sedang direncanakan dan ianya bercanggah dengan perjuangan kita iaitu keadilan, menolak rasuah dan salah guna kuasa.
“Kedua, sementara asas Islam dan Melayu tidak dipertikaikan, kita adalah negara yang pelbagai kaum kaum, bangsa dan agama.
“Ketiga, ekonomi negara kita ini tidak harus menghalalkan rompakan segelintir penguasa tetapi untuk pastikan ekonomi dipacu lebih laju dan menyakinkan,” katanya lagi.
Anwar juga menyeru rakan-rakan dalam Pakatan Harapan untuk terus menjaga benteng membela amanah rakyat. – MalaysiaGazette
Sesiapa pun boleh jadi PM, asal bukan bersama2 DAP. Itu sangat jelas dan diulang berkali2 oleh PAS dan UMNO (Muafakat Nasional).
Tak usah lah nak tujuk suci sangat!
Nk muntah lak rasa..bajet suci!
Kaki kencing orang boleh percaya ke?
pi mati lah ko peliwat
Bye bye Anwar 🙂
Dulu ko dan Rapizi yg tuduh Medey dan anak2 dia salah guna kuasa..kumpul kekayaan berbillion..laaaa ni ko pulak jilat bontot Medey..pi blah lah banduan
Suci n bersih nya si nuar ni ya…ko tak pyh nk tjuk lh suci tu sgt nnti org kesian kat ko..ko lh antara hati yg pling busuk n gila nk jadi pm..klu org betul2 tak gila kuasa , mana ada mnusia mcalonkn diri sendiri utk jadi pm…skjap u turn, n kotok..dan lps tu u turn lg, lpas tu kutuk lg..mnusia mcn ni sudah tertulis dlm kalamu-Allah, mnusi atak blh jadi pmi.pin n tak lyk jadi pmimpin, skiranya jadi pmimpin juga, binasa lh hdp sekelian ummah ..
Many of the PKR leaders cannot be trusted. The are many contradictions in what the say and practice. May God bless the new government in Malaysia and bestow harmony in the country. May God save and bless Malaysia.
Pusing lagi Anwar
Pusing lagi Anwar
Pusing sampai muntah..
Bersara la n dok diam2.. rakyat x perlukan kamu n x hinginkan kamu..
Lari n bawa kwn2 dap kamu tu sekali..