Marina Mahathir bercakap kepada media ketika hadir untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo pada Ahad lalu di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berpendapat tindakan polis yang mahu mengambil keterangannya hari ini sebagai mengimbas nostalgia yang pernah berlaku pada 2018.

Tanpa menjelaskan maksudnya, Marina yang merupakan anak perempuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung perkara itu.

“Nostalgia macam dulu sebelum 2018. Saya beri kerjasama penuh kepada mereka (polis). Mereka panggil saya datang,” katanya ringkas ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Marina merupakan antara 15 aktivis yang dipanggil untuk diambil keterangan hari ini berhubung Perhimpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan di pusat beli belah Sogo, pada Ahad.

Marina hadir kira-kira pukul 2.20 petang dengan ditemani beberapa penyokong dan rakan-rakan seperjuangannya.

Beliau diminta hadir ke ibu pejabat polis berkenaan untuk disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, polis sepatutnya tidak membuang masa untuk memanggil aktivis yang sememangnya berjuang untuk kepentingan masyarakat.

Katanya, banyak lagi perkara-perkara penting yang boleh disiasat oleh pihak berkenaan dan bukannya melayan karenah pihak atasan yang cuba menenggelamkan suara yang dibawa oleh aktivis untuk kebaikan bersama.

Ujarnya, Suaram menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador supaya melihat kembali Prosedur Operasi Standard (SOP) polis dalam menjalankan siasatan seperti itu.

“Kenapa mesti aktivis dipanggil. Masyarakat mahu Ketua Polis Negara membincangkan tentang perkara ini

” Rakyat sudah bosan dengan politikus, mereka mempunyai hak untuk menyatakan pandangan mereka, ” ujarnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Nak selamatkan malaysia apekebendenyaaaa…rakyat semua dah kenal sangat kamu ni…waktu agama kamu diperlekehkan dimana kamu…dasar munafik…

  2. Agama sendiri pun kamu permainkan..
    Maruah bangsa pun kamu gadaikan..
    Cukup2 la..
    P la bertaubat dgn bapak kamu tu

Comments are closed.