Jerome Powell. foto Agensi

WASHINGTON – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengurangkan kadar faedah antara 1% hingga 1.25% dalam usaha melindungi ekonomi terbesar dunia itu daripada impak koronavirus.

“Langkah-langkah diambil untuk menangani Covid-19 sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti ekonomi, baik di sini dan di luar negara, untuk beberapa waktu,” kata Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell.

Tambah beliau, walaupun ekonomi Amerika Syarikat masih kukuh tetapi penyebaran virus itu telah menyebabkan perubahan material dalam prospek pertumbuhan Bank Pusat itu. – MalaysiaGazette