Penerbangan terus yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu bakal menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.
Dilaporkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida dijangka memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malindo Air mengarahkan kakitangannya mengambil cuti tanpa gaji selama dua minggu dan potongan gaji sebanyak 50 peratus susulan wabak Covid-19.

Menurut laporan Reuters, Malindo Air membuat keputusan itu kerana wabak yang tular sekarang menjejaskan permintaan untuk perkhidmatan penerbangan.

Dalam memo itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malindo Mushafiz Mustafa Bakri berkata, syarikat penerbangan itu melaksanakan beberapa langkah untuk menghadapi kekurangan pendapatan, termasuk menggantung penerbangan, merayu kepada pembekal menangguhkan pembayaran dan meminta kakitangan mengambil cuti tanpa gaji secara sukarela.

“Dengan hati yang berat, tanpa banyak lagi pilihan kukuh, kami kini tiada pilihan selain meminta anda mengambil potongan hingga 50% daripada gaji asas anda untuk beberapa bulan akan datang sehingga keadaan kembali normal,” kata Mushafiz.

Para pekerja juga diminta mengurangkan jumlah hari bekerja mereka sehingga 15 hari sebulan.

Agensi berita itu memberitahu, Malindo Air, anak syarikat Lion Air Indonesia di Malaysia tidak memberi respon berhubung perkara itu.

Malindo Air akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang melaksanakan pemotongan gaji gaji pekerja.- MalaysiaGazette