Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan sebahagian penyokong semasa hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 09 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang masuk hari ke-89 menyaksikan saksi ke-13 pembelaan, bekas Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya bertegang urat dengan peguamb ela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi soal balas.

Latheefa yang pada awalnya dengan tenang menjawab persoalan-soalan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan pintasan komunikasi dan pendedahan rakaman telefon antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa individu Januari lepas tiba-tiba berubah nada.

Ini kerana Shafee yang mengetuai pasukan pembelaan Najib mula menyoal tentang usaha kerajaan mendapatkan kembali wang berjumlah hampr RM4 bilion milik Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang dipinjamkan kepada SRC International.

Dana itu telah dibekukan oleh BSI Ltd, Lugano di Switzerland.

Soalan itu menyebabkan Latheefa berasa tidak senang dan hilang sabar kerana disoal Shafee mengenai ‘motif’ pembekuan dana itu.

Pada perbicaraan itu, Razak dituduh menyalah guna kuasa serta penyewelengan dana syarikat itu sebanyak RM42 juta.

Shafee: Anda tahu tentang dana sebanyak RM4 bilion yang dibekukan oleh bank BSI ini?

Latheefa: Bukan secara terperinci, sekadar maklumat-maklumat am sahaja.

Shafee: Adakah anda tahu apa-apa tentang dakwaan kononnya sebanyak RM4 bilion sudah di pindah ke Switzerland? Adakah anda menyiasat apakah sebenarnya yang terjadi dengan wang RM4 bilion itu?

Latheefa: Ya, hanya maklumat yang umum sahaja. Lagipun kes ini sebelum saya menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pun.

Shafee: Tidakkah anda berminat untuk tahu tentang perkara ini?

Latheefa: Bukan tentang RM4 bilion ini sahaja yang kami mahu tahu, malah yang lain-lain termasuk dana dikaitkan dengan 1MDB, SRC International serta ke manakah aset itu telah pergi. Memang kami berminat bukan sahaja duit di Switzerland sebaliknya London atau Amerika Syarikat (AS).

Kami sebenarnya dalam proses mendapatkan semula semua duit-duit ini.

Latheefa kemudian menarik nafas sebelum bertanya kembali mengapakah dirinya dipersoal tentang sesuatu yang langsung tidak berkaitan.

Latheefa: Kenapa saya sedang disoal seperti ini? Bukankah saya ini saksi pembelaan sahaja? Jadi mengapa soal semua ini?

Lagipun bukankah isunya adalah tentang rakaman jadi mengapa pula bertanya benda lain?

Shafee: Itu bukan hak kamu untuk soal, biarlah Hakim yang tentukan. Jadi janganlah melompat.

Latheefa: Saya sememangnya tidak boleh sesuka hati mendedahkan maklumat tentang kes yang masih lagi dalam siasatan ketika ini. Ini akan menganggu siasatan. Tidak boleh. Tidak faham saya.

Ketika itu, suara Latheefa seolah-olah seperti tidak senang dan mula marah cara beliau di soal sebagai saksi.

Shafee pula kelihatan sedikit benggang dan mahu menamatkan sahaja sesi soal balas itu.

Shafee: Yang Arif, Saya sudah tidak mahu soal apa-apa lagi dengan saksi ini. Perangai seperti budak-budak.

Beliau enggan menjawab soalan-soalan saya. Walaupun beliau adalah saksi saya tetapi saya tidak mahu soal lagi.

Kita ada bekas Peguam Negara (Tan Sri Tommy Thomas) yang begitu berani menyatakan tentang wang di bank BSI ini pada awal pendakwaan tetapi pelik pula dengan bekas Pesuruhjaya ini yang enggan menjawab pula soalan saya. Cukuplah, saya sudah tiada apa-apa lagi.

Mahkamah kemudian melepaskan Latheefa dan memanggil saksi seterusnya, bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sebagai saksi bela yang ke-14 di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Buku bertemu ruas. Typical lah macam Investigating Officers… kena grill dlm kandang saksi terus meroyan. Masa jadi Ketua Pesuruhjaya buat statements sana sini, macam halilintar…. La nie… cer cerita kat tuan hakim

  2. Tak malu ker bila Latifah mebgajar Shafie – dia dipanggil ke mahkamah mengenai perkara lain, lain plk yg ditanya

Comments are closed.