Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penyusutannya pada Selasa apabila dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini ketika lebih ramai pelabur beralih daripada mata wang negara sedang pesat membangun berikutan kebimbangan mengenai penularan COVID-19, kata peniaga.

Mata wang tempatan itu susut kepada 4.2420/2460 berbanding dolar AS daripada 4.2350/2400 sewaktu dagangan ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata bahawa dolar AS pulih ketika pelabur berharap kalangan penggubal dasar monetari global memperkenalkan lebih banyak pakej rangsangan lanjut untuk mengehadkan impak ekonomi akibat COVID-19.

Selain itu, berbanding kelompok mata wang utama dunia, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ia tinggi berbanding yen Jepun kepada  4.0442/0492 daripada 4.0472/0531 namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0492/0531 daripada 3.0481/0526 sebelum ini.

Ringgit turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4743/4816 daripada 5.5305/5374 dan naik berbanding euro kepada 4.8002/8065 daripada 4.8063/8137 pada Selasa.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast