Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali meluangkan masa melihat produk berasaskan minyak sawit ketika membuat lawatan kerja di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Bandar Baru Bangi, Selangor. foto IQBAL BASRI, 12 MAC 2020.

BANGI- Datuk Dr Khairuddin Aman Razali akan tetap menjalankan tugas dengan yakin tanpa menghiraukan sebarang kritikan daripada pemimpin kerajaan terdahulu. 

Menteri Perusahaan, Perdagangan dan Komoditi itu menambah, beliau tidak mengambil peduli tentang komplen dan kritikan terhadapnya pada akhirnya akan memberi kesan kepada perjalanannya menjalankan tanggungjawab. 

“Kalau kita hanya melihat komplen dan komen tidak bekerjalah kita.  Kita kena melihat ke depan. Komen dan komplen tidak akan habis. Orang politik memang suka komen.

“Kita yakin dengan apa yang kita ada, itu nombor satu sekarang ini. Kita buat kerja. Biarkan komen berlalu, teruskan kerja,” kata pemimpin Pas yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus itu

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas beliau dan dua timbalannya iaitu Datuk Seri Wee Jeck Seng dan Willie Anak Mongin mengadakan lawatan ke Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Persiaran Institusi, Bangi hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. teruskan kerja. jangan pandai bercakap sahaja. pasaran minyak sawit perlu ditambah. esok lusa keluar negara cari pasaran. jangan ingat bini kat rumah lagi.

Comments are closed.