TERKINI : Kemungkinan Kes LTTE Akan Dibuka Semula – Hamzah Zainuddin

Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan akan membuka semula kes individu yang didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata ia bergantung kepada taklimat terperinci selain akan berbincang dengan semua pegawai-pegawai tertinggi di kementeriannya.

“Kita tengok apa yang patut kita lakukan.

Isu pengganas bukan hanya masalah dalam negara tetapi ianya masalah dunia. “Kita perlu bersama dengan segala maklumat yang kita dapat.

Kalau ianya perlu diambil tindakan yang sewajarnya, saya hendak ambil tindakan yang tegas.

“Tindakan yang tegas itu adalah sesuatu yang mengikut undang-undang dan perlembagaan yang ada,” katanya.