Gambar Hiasan. foto AFFAN FAUZI, 15 MAC 2020

KUALA LUMPUR- Rata-rata farmasi di Lembah Klang mendakwa pihaknya sudah kehabisan topeng muka dan sudah lebih sebulan stok tidak ada bekalan.

Apa yang berlaku sudah tentu menyusahkan orang ramai sementelah lagi dengan kebimbangan pandemik Covid-19 yang sudah masuk gelombang keduanya di negara ini.

Kepada mereka beringat awal dengan menyimpan stok daripada awal mungkin tidak terasa namun kepada mereka yang mahu mendapatkannya sekarang nampaknya tidak ada lagi dalam pasaran.

Bagi S. Gunasanthary,36, dia yang bekerja sendiri itu bernasib baik kerana telah menyimpan stok penutup muka daripada awal lagi sejak penularan Covid-19 heboh diperkatakan.

Temubual bersama Gunasanthary,36, berikutan penularan wabak koronavirus Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 MAC 2020.

“Saya sudah simpan stok jadi saya tidak berapa pasti harga semasa stok topeng muka sekarang,” kata beliau yang juga bimbang sekiranya stoknya kehabisan tetapi bekalan masih belum ada.

Bagi seorang mualaf Jepun yang telah menetap di Malaysia 18 tahun pula mendedahkan terkini banyak premis perniagaan farmasi mahupun pasar raya di ibu kota sememangnya tidak mempunyai stok lagi.

Keadaan itu ujar Muhammad Shukri Mashimoto, 57, menyebabkan masih ada yang mengunjungi tempat awam tanpa mengunakan topeng.

Temubual bersama Muhammad Shukri Mashimoto, 57, berikutan penularan wabak koronavirus Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 MAC 2020.

“Topeng muka saya cari One Utama, Guardian memang susah dapat sekarang. Kebanyakan tempat tiada stok. Kebetulan di rumah ada tiga lebih topeng muka.

“Kebanyakan orang awam lain saya lihat masih tidak pakai topeng muka, mungkin mereka juga tidak dapat beli kan, sebab tiada stok,” katanya yang bekerja sebagai pengurus kanan sebuah syarikat swasta.

Jamaludin Ismail, 56, yang bekerja sebagai juruteknik dalam bidang penerbangan pula  tidak meinafikan topeng muka kini menjadi satu keperluan buat rakyat Malaysia gara-gara Covid-19.

Temubual bersama Jamaludin Ismail, 56, berikutan penularan wabak koronavirus Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 MAC 2020.

Oleh sebab itulah beliau mendakwa ada peniaga mengambil kesempatan ingkar terhadap harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini.

Lebih parah Jamaludin mendakwa ada yang menaikkan harga sekali ganda.

“Ia kini merupakan keperluan semasa sekarang, saya pun guna untuk di kawasan terbuka. Memang ada perbezaan harga topeng muka ada yang jual naik 100 peratus, bergantung di mana kita beli. Saya cari di kedai serbaneka, ada saya cari di farmasi,” katanya.

Namun beliau berharap pengumuman kerajaan untuk menghentikan eksport topeng muka ke luar negara akan dapat menstabilkan kembali harga topeng muka di pasaran tempatan.

Pemantauan yang ketat dan berkala perlu dibuat jelas beliau agar tidak ada rakyat yang tidak mampu membeli topeng muka.

“Kerajaan kata henti untuk bekalan ke luar negara sebab untuk bekalkan dalam negara di situ memang kita tahu bekalan agak terhad sekarang ini.

“Kita kena buat pemantauan semasa keperluan topeng muka utamakan untuk tempatan dulu. Kalau harga sudah tinggi bukan semua orang boleh guna,” kata beliau. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lebih sebulan farmasi kehabisan stok topeng muka