ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia susut 2.87% dalam awal dagangan hari ini, mengikuti jejak kejatuhan pasaran saham serantau.

Pada jam 9.05 pagi, FBM KLCI susut kepada 37.59 mata kepada 1,307.16, susut pada paras paling rendah sejak September 2011 berikutan jualan panik dalam pasaran ekuiti global selepas Wall Street menjunam semalaman.

Tidak lama kemudian, pada jam 9.09 pagi, FBM KLCI turun 42.34 mata kepada 1,301.51, disebabkan tekanan jualan yang sengit.

Terdapat 526 kaunter merosot, 55 kaunter untung dan 107 tidak berubah.

Antara kaunter rugi ialah Petronas Dagangan Berhad, Nestle (M) Bhd, Genting Plantations Bhd, Kuala Lumpur Kepong Bhd, Hong Leong Financial Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan Public Bank Bhd. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast