Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan Institut Genom Malaysia (MGI) sedang menyediakan urutan genom (genome sequensing) dan analisa bioinformatik bagi kes Covid-19.

Beliau berkata dalam ciapan twitter peribadinya semasa mengadakan lawatan kerja ke institut tersebut yang terletak di Jalan Bangi Lama, Kajang hari ini.

Beliau turut berkongsi dan memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan lawatan dan pemantauan proses penyelidikan genom di institut tersebut.

Dalam ciapan itu juga beliau berkata, MGI sedang menganalisa bioinformatik bagi mengesan mutasi kepada genom daripada sampel Covid-19.

KJ melawat Institut Genom Malaysia

Sebagai menteri yang bertanggungjawab, beliau mengadakan lawatan itu untuk mengetahui lebih dekat peranan dan semua gerak kerja institut itu dalam penghasilan urutan genom.

“Setakat ini, enam sampel dari gelombang pertama telah dapat dihasilkan daripada whole genom sequance. Selepas ini, enam sampel dari kumpulan jangkitan lokal akan dikaji.

“Kajian mutasi ini penting untuk proses pembangunan vaksin dan anti-viral menangani wabak Covid-19,” kata dalam ciapan beliau.

Malah katanya, sebagai memberi harapan dalam memerangi pandemik maut itu, hasil genom sequensing dari negara ini akan dideposit ke Pusat Kebangsaan Maklumat Bioteknologi di Amerika Syarikat (AS).

“Di Amerika, ada pengkalan maklumat antarabangsa untuk dikongsi bersama bagi membangunkan vaksin untuk Covid-19,” tegas beliau.- MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.