Oleh Shahir Adnan

Saban hari kita mendengar suara-suara sumbang pemimpin Pakatan Harapan yang meronta-ronta setiap kali Perdana Menteri-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan langkah-langkah ekonomi untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Ketika PM-8 mengumumkan kemudahan i-lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bakal memanfaatkan sehingga 12 juta ahli, pembangkang Pakatan Harapan meremehkan usaha ini.

Jadilah pembangkang yang matang.

Harus diingat bahawa terdapat sekurang-kurangnya 17 jenis pengeluaran KWSP dan krisis COVID-19 ini menyebabkan kemelesetan ekonomi.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyokong usaha ini untuk meringankan beban rakyat Malaysia.

Ini adalah langkah tambahan berkaitan KSWP yang telah diumumkan oleh PM interim untuk menurunkan jumlah caruman KWSP kepada 7 peratus.

Langkah sama, objektif sama demi kewangan rakyat, tetapi pemimpin Pakatan Harapan tidak pula meroyan ketika PM interim umumkan.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa pemimpin Pakatan Harapan, terutama Ahli Parlimen Subang, YB Wong Chen yang membidas beberapa langkah diumumkan oleh kerajaan, supaya bersikap lebih matang dan adil dalam membangkang.

Ketika YAB PM-8 mengumumkan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, YB Wong Chen terus membidas tanpa berfikir.

Walhal, pengumuman tersebut dibuat awal demi menjaga kemaslahatan atau kepentingan rakyat agar tidak panik dan mengelak pergerakan orang ramai yang telah berada di kampung.

Pengumuman pakej ransangan ekonomi secara menyeluruh bakal diumumkan pada esok hari, 27 Mac 2020.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) turut menggesa pemimpin Pakatan Harapan untuk kurangkan politik ketika krisis COVID-19 ini demi rakyat.

Isu peruntukan kepada ahli parlimen dan ADUN sewajarnya tidak menjadi bahan politik.

Ketika 22 bulan memerintah dan mendapat peruntukan RM 300,000 dan RM 1.5 juta di Parlimen Pakatan Harapan, YB Subang, YB Muar dan YB Lembah Pantai tidak pula bising.

Diharapkan masih ada lagi saki baki peruntukan sejumlah RM 1.8 juta tersebut untuk rakyat. Jadilah pembangkang yang matang!

Shahir Adnan adalah Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM).

2 Komen

  1. Syabas pemuda ikatan! Pakatan hanceng sememangnya tdk matang dan pembangang yg lembab.

  2. Kalau masa jadi kejaan pun cam prmbangkang juga bila dah jadi pembangkang 1 dunia tau cara ph…bila jadi kerjaan apa rakyat nak susah nak dpt alasan akibat kerjaan lama ni pandai lak cadang suruh bagi rm 1000 lah 2000 lah…rakyat pun tau kerjaan sedang tenat.berapa org je ph yg sangup korban kan gaji depa yg lain bekokok siang malam hasil nya zero…adik zorro.

Comments are closed.