Rawatan laser karbon yang berasal dari Korea telah menjadi pilihan selebriti di seluruh dunia.

KUALA LUMPUR – Tanyalah sesiapa pun sama ada wanita atau lelaki sekiranya diberi pilihan pasti ramai mahu mengekalkan keremajaan wajah kulit mereka.

Apatah lagi ketika ini, pelbagai kaedah teknologi terkini berkaitan rawatan kecantikan wajah muncul di pasaran sejak akhir-akhir ini.

Sebut apa sahaja rawatan iaitu untuk menghilangkan pigmentasi, kedutan, wajah ton tidak sekata dan menghaluskan kulit boleh dirawat untuk mendapatkan kesan pantas berbanding menggunakan krim kecantikan.

Terkini, kaedah karbon laser antara rawatan kecantikan wajah yang semakin popular dan menjadi pilihan ramai. Masakan tidak, rawatan yang berasal dari Korea telah menjadi pilihan selebriti di seluruh dunia.

Kulit wajah disapu dengan karbon dan diratakan ke seluruh permukaan muka.

Kelebihannya adalah satu-satunya rawatan yang tidak mempunyai kesan sampingan seperti kulit mengelupas, menjadi merah dan hitam.

Paling penting rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit malah individu boleh mengenakan solekan sejurus selepas rawatan dan hasilnya sangat ketara kerana kulit menjadi lebih bersih, segar, halus dan cerah.

Kulit juga tidak menjadi nipis jika dilakukan mengikut nasihat doktor dan mendapatkan kesan yang terbaik, individu dicadangkan melakukan rawatan ini sebulan sekali bagi menggalakkan pertumbuhan kulit baharu.

Namun sebelum itu, fikiran negatif juga perlu dibuang jauh-jauh kerana rawatan ini bukanlah seperti rawatan laser yang boleh menyebabkan kulit menjadi terbakar, merah dan bengkak.

Ini kerana individu boleh terus keluar berjalan atau menyambung kerja selepas selesai rawatan ini.

Sepanjang prosedur rawatan, individtu tidak merasa sakit.

Berkunjung ke pusat rawatan yang popular iaitu MBH Medispa yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras rawatan laser karbon kini menjadi pilihan ramai kerana sesuai untuk mengatasi masalah mengecilkan liang pori terbuka, kulit berminyak, ton tidak sekata, kulit berkedut, kulit kusam dan jeragat.

Malah kulit yang tidak mempunyai apa-apa masalah tetapi ingin kelihatan lebih berseri juga boleh melakukan rawatan ini kerana ia membantu merangsang kolagen di bawah kulit.

Berkongsi pengalaman mencuba rawaran itu, kulit muka akan diperiksa dahulu sebelum perlu dibersihkan bagi menghilangkan kotoran dengan menggunakan Pembersih Muka jenama MBH sendiri.

Seterusnya, kulit wajah dilulur menggunakan Skin Exfoliator sebelum disambung dengan proses pengewapan membantu membuka liang-liang pori. Proses vakum khas selama 15 minit ini bertujuan bagi membuang bitnik putih dan hitam.

Selesai kaedah itu, kulit wajah disapu dengan karbon dan diratakan ke seluruh permukaan muka untuk menjadikan wajah kelihatan hitam.

Bilik rawatan yang selesa di MBH Medispa di Bandar Sri Permaisuri, Cheras,

Fungsi karbon ini adalah untuk menyerap haba yang dihasilkan melalui laser bagi merangsang kolagen bawah kulit yang mulai kendur dan menghasilkan kolagen baharu yang lebih tegang dan menjadikan kulit awet muda.

Selepas krim ini dibiarkan 20 minit, menggunakan kuasa pancaran laser alat ini dihalakan ke setiap bahagian wajah bermula dari dahi, pipi, hidung dan dagu. Semasa rawatan, pelanggan mendengar bunyi percikan yang menandakan bahan karbon ini diserap ke dalam kulit.

Sepanjang prosedur rawatan ini, individu tidak merasai kesan sakit yang ketara. Individu cuma berasa kurang selesa cuma kulit terasa seperti sedikit panas. Memakan masa kira-kira 30 minit sehingga satu jam selepas semua warna hitam karbon diserap, barulah peranti laser itu dihentikan.

Selepas selesai melakukan karbon laser pada keseluruhan wajah, krim penyejuk disapukan bagi merehatkan kulit. Rawatan ini juga boleh digabungkan dengan rawatan lain untuk kesan yang lebih optimum.

MBH Mediaspa turut mengeluarkan rangkaian produk kecantikan jenama sendiri.

Bagi mereka yang ingin mencuba rawatan laser karbon itu yang hanya berharga RM350, boleh menghubungi talian 03-9174 5573 untuk tempahan waktu atau maklumat lanjut.

Sementara itu, MBH Medispa telah beroperasi selama lebih 10 tahun dan popular dengan rawatan parut dan jerawat yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di dalam pasaran.

Selama ini, MBH atau nama penuhnya, Maya Beauty House telah mendapat pengiktirafan memenangi beberapa anugerah dalam kategori perkhidmatannya dan kini telah berkembang dengan memiliki lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia.

Pada masa sama, MBH turut mengeluarkan rangkaian produk kecantikan kulit seperti pencuci, serum dan krim pemutih dan pencerah. – MalaysiaGazette