KUALA LUMPUR – Tencent Foundation dengan kerjasama Fosun Foundation akan menyampaikan 100,000 topeng hidung dan mulut kepada barisan hadapan kakitangan perubatan yang sedang bertungkus-lumus membendung pandemik Covid-19.

Pengerusi Tencent, Leon Guo berharap bantuan dan sumbangan itu dapat memastikan kakitangan perubatan sentiasa dalam keadaan selamat semasa menjalankan tugas.

Selain itu, Tencent turut komited menyumbang AS$100 juta kepada Global Anti-Pandemic Fund untuk menyokong usaha antarabangsa menangani Covid-19.

Dana ini pada mulanya akan memberi tumpuan kepada penyumberan dan sumbangan bekalan perubatan, seperti peralatan pelindung diri (PPE) dan produk penting, untuk hospital dan kakitangan penjagaan kesihatan barisan hadapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast